✿•♥ Mrs. Engineer ♥ Mr. Engineer ♥•✿: Cerpen lawak (Lawak tetap lawak tp ada pengajarannya)

✿•♥Our 1st Baby♥•✿

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

✿•♥Our 2nd Baby♥•✿

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿•♥ekyanie_eternity♥•✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

✿•♥My Followers - off RM2.00 ♥•✿

✿•♥LIKE US AT FACEBOOK TO GET LATEST UPDATE♥•✿

Monday, November 30, 2009

Cerpen lawak (Lawak tetap lawak tp ada pengajarannya)

Mak...!!! Mak...!!! Tengok ni mak...!!!!!

Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.

"Mak...!!! Mak...!!!!

Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.

"Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak.... Tengok ni mak... hehehehehe..." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... Pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."

Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi.... "Yeah... yeah... Dah tumbuh... Bulu ketiak aku dah tumbuh... Yeah yeah.."'

Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.

Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.

"Selamat pagi cikgu..!"

Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.

"Selamat pagi pagi murid-murid."

Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.
"Baik.... Dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.

Bulu ketiak saya

Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah.

Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur.

Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak.

Habis sekolah, Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.

"Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais.

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!"

Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.

"Jangan la... jangan...jangan..!!!"

Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais. Mereka ketawa..

"Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"

"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!!

Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.

"Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa.....!!!!!!!!"

Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."

"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."

"Esok pergi sekolah yer..."

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.

THE END

9 comments:

  1. hai yani
    kite dah link kan awak
    meh ar kite exchange link
    hehe

    ReplyDelete
  2. wah best! nak letak dalam blog boleh and link to ur blog? boleh tak? sgt banyak pengajaran! boleh boleh boleh? :)

    ReplyDelete
  3. adoi macam macam cite si jais tuh..huhu.. ada moral of de stori at the end tuh..ermm.. kenapa ada orang dengki melihat kelebihan orang len??..

    ReplyDelete
  4. shazlinzZ85:ok kte exchange link... :)
    Pija : amik lh...ni pn member saye email...
    cik zatil : tulh, sian kt jais tu...even sehelai bulu ketiak pn ade org nk dengki kn...apetah lg bnde2 len...

    ReplyDelete
  5. apa kata kita sama2 link... once awak dah link.. just inform saya dan saya akan link kembali.. thanks... dah click taylor

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...