sos gravy black pepper pulak, buat sendiri...menjadi tau...hehe...
resipi amik kat blog akak ni... http://linapg.blogspot.com/2013/01/lamb-chop-with-black-pepper-gravy.html
meh aku tlg paste kan...
SOS BLACK PEPPER
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
2 sb mentega
Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
and ade gak buat coeslaw...b yg wt...byk plak tu...aku sorang je mkn...ade lg dlm peti...berbuka nnt boleh mkn lg...hehe
gravy black pepper
kambing yg diperap
gambar ni je ade...hehe...dh siap msk x sempat nk amik gambar...tros ngap...kikiki
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment