✿•♥ Mrs. Engineer ♥ Mr. Engineer ♥•✿: Fwd: Surat untuk suami. (from email)

✿•♥Our 1st Baby♥•✿

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

✿•♥Our 2nd Baby♥•✿

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿•♥ekyanie_eternity♥•✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

✿•♥My Followers - off RM2.00 ♥•✿

✿•♥LIKE US AT FACEBOOK TO GET LATEST UPDATE♥•✿

Wednesday, February 17, 2010

Fwd: Surat untuk suami. (from email)

**aku dpt email ni...juz peringatan utk kte sume yg bakal menjadi isteri n emak...slmt membace... :)

Maafkan diriku jika kata2ku mungkin menyakiti hatimu wahai suamiku.Cuma hati tertanya-tanya dan kadang2 timbul ragu2 terhadap dirimu. Setiap hari kau katakan yg dirimu sangat menyayangi diriku.Setiap pagi kau memberi kan kucupan  di pipi dan kadang2 kau menghadiahkan ku sejambak bunga untuk membuat kejutan kepadaku, namun kenapa aku merasakan kau sebenarnya tidak menyayangiku..

Masihkah dikau ingat waktu hari kau melamarku, kau berjanji kepada kedua ibubapaku akan menjaga ku dan tidak sekali2 akan melukakan diriku.Apabila akad berlangsung, aku merasa sgt sedih kerana terpaksa berpisah dgn kedua ibu bapaku, tapi aku redha.Redha kerana mahu mengikutmu seorang suami yg kononnya  mampu membimbingku menjadi isteri yg solehah. Ingatkah dirimu, sewaktu aku meminta izin untuk bekerja, kau benarkan kerana mahu menyenangkan hatiku. Bila aku bersolek untuk keluar kau tidak menghalangku.Bila aku mahu bergaya, kau tidak menegur. Malah tiada langsung halangan darimu,melainkan kau memesan kepadaku "Jgn main2 mata dgn orang".Itu sahaja.

Kau begitu tersenyum bangga bila ada teman2mu memujiku.Malah kau turut menggalakkanku agarku lebih bergaya dan tidak mahu isterimu kelihatan ketinggalan dari segi berfesyen.

Kau juga suka membawaku ke mana2.Kau tidak segan2 berkepit dengan ku sewaktu ke majlis2 keraian.Sebab kau bangga punya isteri seperti ku.Selain dikurniakan cantik, aku jua pandai menyesuaikan diri dgn sesiapa baik dari gol atasan ke golongan biasa2. Kau benarkan aku berbual dan bergurau.Katamu aku seorang yg sempoi, senang di bawa.Sbb itu kau menyayangiku agaknya..

Bila hujung minggu, kau lebih suka membawaku dan anak2 ke pusat membeli belah, kadang kita berkaraoke bersama, bermain bowling dan sebagainya.Bila hujung tahun, kita akan bercuti keluar negara.

Hidup kita penuh keseronokan dan kemewahan. Apa tidaknya, siang malam kita sibuk mencarinya sampaikan kita tidak punya masa untuk anak2 selalu.Semuanya kita serahkan kepada pembantu.

Dikau pula seorang yang tidak cerewet.Apa saja yg kami minta kau segera menunaikannya.Kau jarang memarahi kami.Tiada undang2 dan garis panduan yg kau berikan kepada kami.Kami keluar masuk dari rumah tanpa ada batasnya.Kau begitu taksub dengan cara orang barat dan beranggapan itu cara hidupmu dan keluargamu..kononnya itulah kemodenan.< Kau jg tidak pernah mengajakku dan anak2 solat berjemaah sama2 di masjid mahupun di rumah.Kau juga tidak peduli kalau anak2 tidak belajar mengaji asalkan berjaya di sekolah.kadang2 kami seperti dilupakan dgn agama asal kami.Kau tidak seperti suami orang lain yg selalu mengongkong isterinya.Sebab itu aku dan anak2 merasa enjoy disampingmu.

Tapi kau sebenarnya telah merosakkan kami.Kau biarkan jiwa kami kosong tanpa makanan rohani.Kerana walaupun kita memiliki segalanyai, hati kita tetap x gembira.Dan rasanya terlalu banyak pembohongan yg kita lakukan kepada masyarakat sekeliling kita.Kita berlagak seolah2 kita sangat bahagia tapi sebenarnya kita sudah menemui jalan buntu dalam kehidupan.

Anak2 kita?Mana anak2 kita?sungguh kita berdua memang bangga kerana anak2 kita berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negeri.Tapi sikap mereka tidak sopan terhadap kita orang tuanya.Hari2 mereka menghabiskan masa untuk enjoy..minum arak, disko, tanpa peduli hal2 lain.

Wahai suami..dengarlah..anak perempuan kita tidak pernah menutup auratnya.Dia juga bebas menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki diluar sana.Yang ku sedihkan, dia sedikitpun tidak merasa kesal.Kerana ini trend zaman moden katanya.Semua orang berfikiran terbuka.Memang.dia anak yg benar2 mengikut jejakku iaitu ibunya.Ku ulangi ibunya. malah agaknya lebih teruk lagi kita rosakkannya..

Aduhai suami..kenapa kau membiarkan hidupku  dan anak2mu hancur?kenapa wahai suami?Bukankah kau menyayangi kami?Atau itu cuma kata2 palsu darimu?

Terus terang aku ingin memberitahumu betapa aku sangat siksa di sini.Seluruh tubuh ku sakit2.Setiap sendi anggotaku terasa begitu bisa menyucuk.Beberapa malam aku di sini terasakan begitu tersiksa.Di sini tempatnya begitu panas dan gelap.Sungguh, isterimu  sudah tidak tahan di azab sebegini.setiap hari aku menangis, meratap, merayu minta hidup kembali.Tapi mana mungkin suamiku..mana mungkin.

Tapi.kemana dirimu?ke mana dirimu wahai suami?Mana doa mu?Mana doa anak2?Mereka tidak pandai berdoa , mereka tidak tahu.Tolonglah ajar mereka..

Aku lihat kau dan anak2 meratap hiba sewaktu jenazahku di usung ke kubur.Sungguh kamu berasa sedih atas pemergianku, tapi sampai hati kau membiarkan aku keseorangan di sini..tanpa sedikitpun peduli kepadaku..

kau kembali dgn aktiviti mu.Dgn bisnes mu yg penuh dgn riba dan rasuah.Dan sememangnya duit haram itulah yg telah menjadi darah daging kita sekeluarga..termasuk orang2 tuaku.Sebab itu kita sukar peroleh hidayah.Sebab itu hidup kita jadi begini dan sangat jauh dari rahmatnya..

Aduhai suamiku, berbaloikah semua ini?Berbaloikah kita membeli dunia untuk akhirat?Kita Cuma rasa senang sekejap tapi  hakikatnya, kita akan menderita selama2nya di sini.kau tidak tahu betapa kurasakan panjangnya waktu di sini.Setiap hari kumohon agar disegerakan kiamat..

Tapi aku tidak bimbang kerana lambat laun kau juga akan menemaniku.Aku memang akan menyalahkan dirimu atas kecuaianmu.Memang aku akan menarikmu sama ke neraka Allah yang maha dasyat ini...Aku tidak larat menaggung sendiri dosa yg telah aku lakukan dan semua ini berpunca darimu..!!!!!

Wahai suami2..perhatikanlah isterimu.Adakah mereka sudah memenuhi ciri2 isteri dan ibu solehah?Jika tidak, segerakan membimbingnya, sebelum terlambat.Jika benar dirimu menyayangi mereka, janganlah biarkan mereka melakukan sesuatu sesuka hati.Bimbinglah mereka walaupun mereka marah dan benci denganmu.kerana kau begitu menyayangi mereka.Kerana merekalah saham2 untukmu di akhirat..

HARTA BENDA DAN ANAK ADALAH PERHIASAN HIDUP DI DUNIA. SEDANGKAN AMAL SOLEH YANG KEKAL LAGI BAIK FAEDAHNYA ITU LEBIH BAIK PAHALANYA DISISI TUHANMU,DAN LEBIH BAIK SEBAGAI ASAS YG MEMBERI HARAPAN (ayat 46, Surah Al-Kahfi)

8 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...