✿•♥ Mrs. Engineer ♥ Mr. Engineer ♥•✿: RESEPI MENUJU KE ALAM BAHAGIA

✿•♥Our 1st Baby♥•✿

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

✿•♥Our 2nd Baby♥•✿

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿•♥ekyanie_eternity♥•✿

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

✿•♥My Followers - off RM2.00 ♥•✿

✿•♥LIKE US AT FACEBOOK TO GET LATEST UPDATE♥•✿

Thursday, March 12, 2009

RESEPI MENUJU KE ALAM BAHAGIA

PETUA 8P

Korang mungkin penah kot baca nih..xper, baca lg..memperkasa hubungan sesama suami isteri


1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) P kedua ialah 'peluk'peluk yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,"


Sekian...

2 comments:

  1. tq yanie atas resepi kebahagian..itu..mariler kita sesama pratikkan

    ReplyDelete
  2. he3...saya x kawin lg...saje je kongsikan bende ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...